Sabtu, 13 Oktober 2012

Ultrasound my little B

Assalamualaikum w.b.t,

Dari bulan ke bulan rasa tak sabar nak tengok perkembangan my lil B ni. jadi tiap bulan la Mekyu akan g scan. Si papanya pun dah mula teruja bila tengok anaknya duk swim2 dalam perut mamanya. Ramai yang kata tak elok kalau kerap sangat scan tapi sebelum ambil tindakan Mekyu dah baca dan selidik dulu tentang baik buruk ultrasound pada baby ni.

Berdasarkan hasil bacaan..sebenarnya, Ultrasound (USG) @ Ultrasonografi adalah prosedur pemeriksaan yang biasa dan tidak berbahaya. Ultrasound menggunakan gelombang suara tinggi yg dipantulkan ke tubuh untuk memperlihatkan gambaran rahim dan kandungannya yg memberikan maklumat dalam bentuk gambar yg disebut sonogram. Ia dapat dilihat pada monitor.
Ultrasound tidak menggunakan radiasi, jarum suntik, cecair atau ubat-ubatan yg dimasukkan ke dalam tubuh. 
Oleh itu, jawapan kepada pertanyaan yg timbul itu ialah TIDAK, ULTRASOUND tidak mendatangkan bahaya kepada bayi anda. Ultrasound ini sudah lama digunakan dlm bidang perubatan dan tidak ada kejadian yg menunjukkan bahawa Ultrasound membahayakan ibu dan bayi dlm kandungan. 
Tetapi, perlu diingat pemeriksaan Ultrasound hanyalah disarankan utk tujuan kesihatan dan bukan hanya untuk mengetahui jantina bayi atau gambar bayi sbg kenang-kenagan shj. Disebabkan ini kehamilan yang pertama dan banyak masalah kesihatan yang Mekyu alami sepanjang tempoh kehamilan ni jadi Mekyu rasa susah hati tentang kesihatan lil B kat dalam ni sebab itulah tiap bulan g scan untuk tengok perkembangannya.
Ini lah hasil scan my lil B :

8weeks
13weeks

17weeks
Buku Ibu Mengandung


dah boyot skit...5bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan